Tuesday, October 16, 2012

ApaBiLa lElaKi SayAnG !!!

     Apabila seorang lelaki benar - benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras seperti batu selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu... Sekiranya kamo tidak menyedari teman lelaki kamo dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang- terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu... Selain itu, jika kekasih kamu sentiasa buat hatimu senang dan terharu, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu, "SUDAH TENTU DALAM PERHUBUNGAN KITA MAHUKAN SESUATU KENANGAN YANG MANIS UNTUK DIKENANG". Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana yang ceria setiap kali bersama orang yang dianggap special dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi satu tanggungjawab  membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur...Janganlah kamu anggap kekasih kamu seorang yang kuat membebel, sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat nasihat bermaksud mengingati.. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayang agar hubungan kamu menjadi lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya, dia amat sayangkan kamu dan perhubungan.. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya.. Dalam pada yang sama, kekasih kamu menyatakan dia selalu fikirkan perhubungan dan bagaimana untuk menyelamatkan dari berakhir begitu saja. Kalau boleh mestilah mahu kejinjang pelamin.!!! Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila kekasih kamu berperangai seperti kebudak-budakan semata-mata untuk mendapat perhatian daripada kamu.. Si dia ingin bermanja dan inginkan melayankannya lebih daripada orang lain yang kamu sayang.. Kalau dia merajuk.. Pujuklah dia sesekali.. Jangan pernah kamu menganggap manjanya itu mengada-ngada.. Bukan mudah untuk lelaki menunjukkan sikap yang manja itu kepada perempuan. Hanya untuk kekasih hatinya sahaja..Kamu hadapi masalah orang yang pertama membantu kamu adlah kekasih kamu.. Tandanya dia tidak mahu kamu didalam keadaan yang susah hati..
Beruntungnya kamu !!! Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu tempat dalam satu tempoh yang lama.. Tiba-tiba dia gelabah, itu tandanya, dia lansung tidak bolah berjauhan denganmu dan kamu tidak perlu ragu dengan kesetiaannya.. Sekiranya kekasih kamu setiap hari bertanyakan soalan yang sama " u masih sayangkan i ??? " Janganlah kamu menganggap satu soalan yang bosan.. Itu tandanya, dia tidak mahu kasih sayang kamu padanya menjadi luntur.. Si dia sanggup menitiskan air matanya demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air matanya hanya untuk seorang perempuan.. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu.. Itu tandanya, cintanya begitu kuat kepada kamu.. Manusia tidak ada yang sempurna samalah juga kekasih kamu, x lari dari membuat kesilapan  dan kadang-kadang buat kamu kecik hati.. Tapi kalau dia mahu berubah adalah satu perkara ynag baik dan kamu perlu sokong dia... Berilah dia masa untuk berubah.. Nak berubah bukanlah senang, tapi kalau dia berubah demi untuk membahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik.. Janganlah kamu mencari pengganti dia semata-mata kamu kecik hati dengan dia.. Dan kamu pasti ke yang peganti kamu boleh membahagiakan kamu.. Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa dia amat menyayangi kamu apabila dia lebih mementingkan kamu dari dirinya sendiri.. Apa saja yang dia lakukan semata-mata untuk kamu.. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dia.. Jadi  hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya... berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki...

p/s : setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu carik peganti, alasan kamu dan si dia tidak lagi serasi, kamu pulak macam mana?? adakah kamu itu x pernah buat silap ??? kamu x pernah sakitkan hati si dia ???.. Jangan biarkan EGO kamu menguasai diri dan perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti.. Mungkin pasangan kamu x sempurna, tapi kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik... dan... ikhlas itu dapat dilihat, tapi boleh dirasa dengan hati... So kepada yang GURLS tu hargai lah lelaki sebaik mungkin jgn biarkan EGO melanda diri anda..sesekali beralah dengan si dia.. Fahamlah sikap si lelaki... 

sekian.....

Thursday, July 19, 2012

berPRAKTIKAL amat menyeronokan...

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera.. huh lame nie x update blog maklumlah sibok berPRAKTIKAL.. he he.. cian blog nie dah bersawang..fuuhh fuhh keluar semua hbuk..huk huk trbatok2 aku.. melalut plak aku nie.. ape yg aku nk bercrita kali nie.. citer sal praktikal lah ye.. ok 
sudah genap sebualn aku bersma FAZRIZA IZNI BT JOHARI praktikal di SWISS GARDEN RESORT DAMAI LAUT.. sngt sronok tmbah pula dapat chef2 yg hebat n gud lucky .. hapy la kat sini.. dpt brlajar bnyak bnde lah kirenyer..  kdang2 kene mara jgk la tapi xpe x kesah pon... semua itu pngalaman...
spnjang sebulan aku brkerja hehe yg pling aku suke bile time buzy la sbb bnyak yg nk kne buat dan kite dpt tngok semua kerenah dorg msing2 yg pling best semua muke msm je takot lak tngok kdng2 tapi enjoy la.. lg 2 bln nk mnghbis kan praktikal nie rse syg plak nk tnggl kan swiss garden.. stard 23/7/12 nie aq ditukar kan dipartment lain plak butcher plak.. bnyak plak2 ak nie..he he.. lepas 2 mnggu g plak bnkuet.. merasai pengalaman la kate kan.. lpas 2 cool kitchen n last pastry kot harap2 dpt msok lah.. sbb aku suke mkn kek yg mnis2 nie.. fabret la kate kan..

hehee t la sy upload picture ok.... bru best skit kalo nk cter pon

pic terbaru untuk tatapan semua

 pissss =)
 wslm....



Sunday, June 03, 2012

                  Assalamualaikum.. hai semua lama jugak aku x update blog nie..hari nie aku nk luahkan sesuatu yg telah aku jalani selepas aku harungi pelbgai dugaan aku x kenal lgi siapa diri aku sebnarnyer..adkah aku masih rabiatul adawiyah ataupun aku dah jdy org lain.. aku rungsing bile fikir bende nie semua.. spe yg buat aku mcm nie aku x pk pon nk jdy mcm nie...apa dosa aku smpai aku kne cam nie.. aku x nk bnde nie trjadi.. aku yg trsilap plih kwan kan dlu..aku trlalu ikot sngt dngn org sbb 2 aku jdy cam nie an3...
                   Tapi aku rse aku patut mngubah diriku kbntuk asal..aku ingin knal blik dri aku.. dan aku rase aku mlas nk prmah ngn org lg... aku kne sombong.. sbb aq dah kcewakn rmai lelaki kt luar sne.. aq bg hrapan yg tidak psti.. aku mnx maaf pade korunk aku x lyak tuk korg sume.. aq pon xtau knpe hati aku senang sngt permainkn perasaan lelaki aku dah x percaya tu semua boleyh buat aq bhgia..
                    arrggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhh!!!! damn... bye2..

Sunday, March 25, 2012

PATUTKAH AKU???

Assalamualaikum...salam hari ahad..lame suda aku x update blOg nie haa..macam mane aku nak mule kan erk...hrmmm aku cume wanita yg biase...mestilah dalam hidup kite mahu kan yg terbaik untuk diri kita kan..berdasarkan tajuk yg aku tulis nie PATUTKAH AKU membuat kputusan bhawa aku ingin memutuskn hbungn aku brsama dia..aku merasakn sekarang aku x ingin bercinta...menerima ksih syg seorg insan yg bergelar lelaki..betOl jugak kata2 ibu dan ayah..kalO tngah blajar jgn kamO brcinta..akan tetapi aku melanggar perintah mereka..adakah aku ingin melaksanakan  rancangan yg aku rancang nya dahulu..aku ingin pergi tanpa berita tidakkah aku brsifat kejam...hmmm..mcam mna aku nak buat nie.......pening kepala aku..aku ingin meminta pertolangn sesorang yg boleyh bagi nasihat kat aku tapi siapakah.........................

Saturday, March 03, 2012

FINAL EXAM...

FINAL SUDA TINGGAL 1 PAPER JE LAGI IAITU PENGAJIAN MALAYSIA..
ERM..STUDY HARD STUDY SMART KAN..CHAYOK2..






Monday, December 12, 2011

kisah KASIH,CINTA SEDIH & KECEWA

assalamualaikum..hollaa teman-teman..aku bosan sebenar nyer nie so aku rse nak menaip sesuatu kat blog aku nie...mula menulis sekarang..


KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.http://fcdn.tentangcinta.com/images/smilies/pau/icon_question.gif

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.http://fcdn.tentangcinta.com/images/smilies/pau/icon_mad.gifKECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.http://fcdn.tentangcinta.com/images/smilies/pau/icon_smile.gif

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.-B

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?