Tuesday, October 16, 2012

ApaBiLa lElaKi SayAnG !!!

     Apabila seorang lelaki benar - benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras seperti batu selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu... Sekiranya kamo tidak menyedari teman lelaki kamo dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang- terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu... Selain itu, jika kekasih kamu sentiasa buat hatimu senang dan terharu, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu, "SUDAH TENTU DALAM PERHUBUNGAN KITA MAHUKAN SESUATU KENANGAN YANG MANIS UNTUK DIKENANG". Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana yang ceria setiap kali bersama orang yang dianggap special dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi satu tanggungjawab  membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur...Janganlah kamu anggap kekasih kamu seorang yang kuat membebel, sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat nasihat bermaksud mengingati.. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayang agar hubungan kamu menjadi lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya, dia amat sayangkan kamu dan perhubungan.. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya.. Dalam pada yang sama, kekasih kamu menyatakan dia selalu fikirkan perhubungan dan bagaimana untuk menyelamatkan dari berakhir begitu saja. Kalau boleh mestilah mahu kejinjang pelamin.!!! Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila kekasih kamu berperangai seperti kebudak-budakan semata-mata untuk mendapat perhatian daripada kamu.. Si dia ingin bermanja dan inginkan melayankannya lebih daripada orang lain yang kamu sayang.. Kalau dia merajuk.. Pujuklah dia sesekali.. Jangan pernah kamu menganggap manjanya itu mengada-ngada.. Bukan mudah untuk lelaki menunjukkan sikap yang manja itu kepada perempuan. Hanya untuk kekasih hatinya sahaja..Kamu hadapi masalah orang yang pertama membantu kamu adlah kekasih kamu.. Tandanya dia tidak mahu kamu didalam keadaan yang susah hati..
Beruntungnya kamu !!! Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu tempat dalam satu tempoh yang lama.. Tiba-tiba dia gelabah, itu tandanya, dia lansung tidak bolah berjauhan denganmu dan kamu tidak perlu ragu dengan kesetiaannya.. Sekiranya kekasih kamu setiap hari bertanyakan soalan yang sama " u masih sayangkan i ??? " Janganlah kamu menganggap satu soalan yang bosan.. Itu tandanya, dia tidak mahu kasih sayang kamu padanya menjadi luntur.. Si dia sanggup menitiskan air matanya demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air matanya hanya untuk seorang perempuan.. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu.. Itu tandanya, cintanya begitu kuat kepada kamu.. Manusia tidak ada yang sempurna samalah juga kekasih kamu, x lari dari membuat kesilapan  dan kadang-kadang buat kamu kecik hati.. Tapi kalau dia mahu berubah adalah satu perkara ynag baik dan kamu perlu sokong dia... Berilah dia masa untuk berubah.. Nak berubah bukanlah senang, tapi kalau dia berubah demi untuk membahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik.. Janganlah kamu mencari pengganti dia semata-mata kamu kecik hati dengan dia.. Dan kamu pasti ke yang peganti kamu boleh membahagiakan kamu.. Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa dia amat menyayangi kamu apabila dia lebih mementingkan kamu dari dirinya sendiri.. Apa saja yang dia lakukan semata-mata untuk kamu.. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dia.. Jadi  hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya... berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki...

p/s : setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu carik peganti, alasan kamu dan si dia tidak lagi serasi, kamu pulak macam mana?? adakah kamu itu x pernah buat silap ??? kamu x pernah sakitkan hati si dia ???.. Jangan biarkan EGO kamu menguasai diri dan perasaan kalau tidak kamu pasti akan menyesal satu hari nanti.. Mungkin pasangan kamu x sempurna, tapi kamu dapat rasa keikhlasan hati dia, itu lebih baik... dan... ikhlas itu dapat dilihat, tapi boleh dirasa dengan hati... So kepada yang GURLS tu hargai lah lelaki sebaik mungkin jgn biarkan EGO melanda diri anda..sesekali beralah dengan si dia.. Fahamlah sikap si lelaki... 

sekian.....

No comments:

Post a Comment